Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

5 penumpang, seorang pekerja cedera

dn_12 : Kakitangan  KTMB, memantau dan melakukan  siasatan awal kemalangan
Kakitangan KTMB, memantau dan melakukan siasatan awal kemalangan yang melibatkan gerabak Tren Sinaran Selatan, Keretapi Tanah Melayu Berhad yang tergelincir lalu terbalik berhampiran stesen keretapi Kempas Baru, Johor Bahru semalam. - MINGGUAN/AMIN FARIJ HASAN

JOHOR BAHRU 26 Jan. - Lima penumpang dan seorang pekerja cedera selepas empat daripada 10 gerabak tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tergelincir di Kilometer 738.25, berhampiran Taman Impian Emas, Skudai di sini hari ini.

Tren Sinaran Selatan itu yang dalam perjalanan dari Stesen KL Sentral ke Woodlands, Singapura bergerak dari Kuala Lumpur pukul 9 pagi dan dikatakan tergelincir antara Stesen Kulai dan Stesen Kempas di sini kira-kira pukul 3 petang.

Pengurus Pemasaran, Unit Pemasaran Strategik Perkhidmatan Bandar KTMB, Mohd. Nordin Kimi ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, lebih 200 penumpang berada dalam tren itu semasa kejadian.

"Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan manakala mereka yang terselamat dibenarkan meneruskan perjalanan ke Woodlands," katanya di sini hari ini.

Difahamkan, seorang penumpang berusia lingkungan 30-an patah pinggang manakala kaki seorang pekerja tren KTMB yang berusia lingkungan 50-an tersepit di bahagian kaki.

Mohd. Nordin berkata, KTMB dan pihak yang bertanggungjawab sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian tersebut.

Berikutan kejadian itu, katanya, perkhidmatan Tren Senandung Selatan dari Singapura ke Kuala Lumpur dan Senandung Timuran dari Singapura ke Tumpat, Kelantan yang dijadual hari ini terpaksa dibatalkan.

Sementara itu, seorang penumpang yang dikenali sebagai Mohd. Haziq, 14, berkata, dia sedang tidur sebelum terkejut apabila gerabak yang dinaikinya iaitu yang kedua dari depan seolah-olah bergoncang.

"Saya tidak mengalami kecederaan cuma kepala terhantuk sedikit," katanya yang dalam perjalanan ke rumah bapa saudara bersama datuknya di sini dari Kajang, Selangor.

Sementara itu, seorang pekerja ladang kelapa sawit yang duduk berhampiran lokasi kejadian, A. Aiyoo, 28, berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas ternampak sepasukan polis di kawasan berhampiran.

"Saya turut membantu menunjukkan kepada polis jalan ke landasan keretapi. Setiba di lokasi saya nampak mangsa yang cedera," kata penduduk Ladang Impian Emas yang rumahnya terletak satu kilometer dari tempat kejadian.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain