Graduan terbabit ialah Chan Yat Seng yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) dalam Program Perkomputeran Multimedia, Chye Kim Quan (Program Kejuruteraan Perisian), B. Kayathiri (Program Pengkomputeran Rangkaian), Kok Woon Chee (Program Sains Komputan) dan Voon Mei Wei (Program Sistem Maklumat).

Selain pencapaian cemerlang akademik, kesemua mereka juga terlibat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti seni, sukan dan lain-lain aktiviti di kampus.

Anugerah Pelajar Terbaik yang ditaja oleh Sarawak Information System Sdn. Bhd. (SAINS) diper­kenalkan 2014 dengan menyediakan hadiah wang tunai berjumlah RM 2,000 dan sijil pengiktirafan untuk setiap pelajar.

Majlis penyampaian anugerah itu disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri merangkap Canselor Unimas, Tun Abdul Taib Mahmud dalam Sidang Keenam yang juga terakhir Majlis Konvokesyen Ke-19 Unimas di Dewan Tunku Abdul Rahmah Putra (DeTAR Putra), Unimas di sini hari ini.

Konvokesyen Ke-19 Unimas menyaksikan 173 graduan menamatkan pengajian di FSKTM dan peratusan kebolehpasaran graduan bagi tahun ini adalah dalam lingkungan 80 peratus.

Dalam pada itu, 15 graduan yang baru memperoleh ijazah telah memilih FSKTM Unimas untuk meneruskan pengajian di peringkat Sarjana secara penyelidikan.

SAINS dan Unimas berharap kerjasama yang terjalin antara dua institusi ini akan dapat menghasilkan graduan yang berkemahiran tinggi di dalam bidang teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) seterusnya membantu industri ICT di Sarawak.