Penolong Pengurus Kawalan Kredit Utusan Melayu (M) Berhad, Azman Musa berkata, peng­agihan tablet berkenaan ada­lah kesinambungan daripada pe­­n­yerahan gajet itu di negeri ini yang mana seramai 3,499 guru di daerah Kuala Kangsar mene­rimanya kelmarin.

Menurutnya, pemberian gajet­ itu akan diteruskan menerusi dua program lagi pada minggu hadapan, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan penerima di Perak seramai 39,269 orang.

“Pemberian tablet ini adalah sebagai satu hadiah daripada Perdana Menteri kepada guru-guru dan ia perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya kerana turut dilengkapi perisian Tutor Guru dan e-paper Utusan Malaysia.

“Dua aplikasi ini adalah nilai tambah untuk tablet tersebut ke­rana dapat membantu guru-guru dalam menyediakan rancangan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang berkualiti secara sistematik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis penyerahan gajet itu yang disempurnakan Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shafie di Pejabat Pendidikan daerah di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Sektor Pengurusan Maklumat Jabatan Pen­didikan Negeri, Zolkefli Mo­hd. Idris dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Mene­ngah, Mazlan Abd. Majid.