Pengarahnya, Dr. Zainuddin Mohd. Ali berkata, Operasi Bersepadu Premis Makanan Bersih itu memberi fokus kepada premis makanan yang terletak berdekatan Velodrom Nasional yang bakal menjadi venue acara berbasikal semasa temasya sukan itu.

"Sebanyak 64 notis di bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1983 dikeluarkan dengan nilai kompaun berjumlah RM21,500 manakala enam buah premis diarah tutup selama tempoh 14 hari di bawah Seksyen 11 akta sama.

"Ini adalah operasi kali ketiga di lokasi ini dan kita tidak bertolak ansur terhadap tahap kebersihan premis dan aspek amalan kebersihan diri dan keselamatan makanan khususnya di premis makanan di sekitar lokasi acara berbasikal Sukan SEA," katanya di sini hari ini.

Zainuddin berkata, pemeriksaan itu dijalankan bagi memastikan makanan yang dijual kepada peserta atau pengunjung adalah bersih dan mengelak risiko keracunan makanan atau penyakit bawaan air. - UTUSAN ONLINE