Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri dalam satu kenyataan memaklumkan jumlah tersebut adalah peratusan daripada keseluruhan 494,662 jumlah pengundi berdaftar di seluruh Melaka.

Sementara itu, proses pengundian di 240 pusat pengundian di seluruh Melaka sehingga tengah hari ini berjalan lancar.

Di Parlimen Hang Tuah Jaya, pengundian berjalan lancar apabila ramai pengundi melaksanakan tanggungjawab masing-masing seawal pukul 8 pagi ini.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen itu, Tan Sri Mohd. Ali Rustam ketika ditemui selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Datuk Demang Hussin, Bukit Katil di sini berkata, pihaknya berpuas hati kerana jumlah pengundi `putih’ yang turun mengundi dilihat meningkat sehingga pukul 10 pagi ini berbanding pilihan raya umum sebelum ini. - UTUSAN ONLINE