Uzaidi Udanis
UZAIDI

Presiden MITA, Uzaidi Udanis berkata, program yang turut melibatkan pelajar tempatan itu akan memberi peluang kepada peserta dari kedua-dua negara untuk bertukar serta berkongsi kebudayaan masing-masing.

Menurut beliau, program kerjasama dengan Sekolah Muzik Yamaha itu melibatkan empat segmen iaitu pertukaran, pendedahan, eksplorasi dan lawatan.

“Empat segmen ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar berkenaan untuk menyelesaikan cabaran rentas sempadan, mendedahkan kemungkinan baharu, mengembangkan idea dan penyelesaian revolusi untuk masa hadapan,” katanya ketika ditemui di Muzium Negara, di sini malam ini.

Tambah Uzaidi, selain aktiviti beramah mesra, pihaknya turut memperkenalkan para pelajar dan guru terbabit dengan pelbagai acara tradisional termasuk kebudayaan masyarakat tempatan seperti peralatan muzik, tarian tempatan serta lawatan ke kampung.

“Selain itu, para pelajar dari China turut menunjukkan budaya mereka termasuk muzik dan pakaian tradisional masing-masing.

Uzaidi menambah, kebolehan rakyat Malaysia untuk berkomunikasi dalam bahasa Mandarin juga menjadi satu lagi tarikan dan keunikan kepada pelajar China untuk menyertai program pertukaran ini. - UTUSAN ONLINE