Media tempatan Syria melaporkan, tentera Syria telah menguasai bandar Busra al-Harir berhampiran kawasan Laja dan kini sedang meningkatkan kemaraan ke selatan ketika masih belum ada kenyataan daripada kumpulan pemberontak tentang operasi tentera kerajaan.

“Kami menjangkakan angka penduduk yang melarikan diri akan meningkat sekali ganda ketika keganasan terus meningkat,” kata jurucakap Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Bettina Luescher, hari ini. - REUTERS