Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim mengetuai senarai dengan menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira.

Dua lagi yang menerima pingat sama ialah Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mustafar Ali.

Sementara itu, dua individu menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk iaitu Pengerusi JH Italia Sdn. Bhd., Datuk Seri Wang Yen Liang dan Pengerusi Eksekutif Lembaga Pengarah Xinyi Glass Holdings Ltd., Datuk Lee Yin Yee.

Seramai 69 penerima pula dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang turut membawa gelaran Datuk.

Antara penerimanya ialah Setiausaha Politik Menteri Kewangan II, Datuk Shamsul Zairil Kamaruddin; Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Melaka, Datuk Mohd. Radzi Abd. Latif dan Naib Presiden Kanan (Produk dan Perkhidmatan) Bank Rakyat, Datuk Baharom Embi.

Selain itu, 33 individu dianugerahkan Darjah Seri Melaka (DSM) termasuk Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Nazili Mahmood dan jaguh pecut Asia yang kini berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Asisten Komisioner Rabuan Pit.

Mohd. Khalil turut menganugerahkan Bintang Cemerlang Melaka (BCM) kepada 57 penerima selain 64 penerima Bintang Khidmat Terpuji (BKT), 121 Pingat Jasa Kebaktian (PJK), 84 Pingat Bakti Masyarakat (PBM) serta 12 penerima Pingat Khidmat Lama (PKL).

Sumbangan serta khidmat bakti pengamal-pengamal media di negeri ini turut mendapat penghargaan apabila dianugerahkan bintang kebesaran termasuk Ketua Biro The Star, R.S.N. Murali (BCM); Ketua Biro Utusan Malaysia, Suffian Abu Bakar (BKT); Ketua Biro Berita Harian, Badrul Hizar Ab. Jabbar (BKT); Ketua Biro Bernama, Fadzli Ramli (BKT); wartawan sambilan Melaka Hari Ini (MHI), Muhammad Zaidee Daut (PJK) dan wartawan sambilan Bernama, Noor Azmi Hamdan (PBM).

Majlis turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron serta isteri, Datin Seri Fadilah Abdullah; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Naim Abu Bakar serta barisan anggota Exco Kerajaan Negeri.

Sesi pertama dan kedua majlis penganugerahan pingat kebesaran negeri sebelum ini diadakan pada 10 dan 11 Oktober lalu.