Program yang diadakan serentak di seluruh negara itu turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri, Omar Jaafar yang mewakili Ketua Menteri, Adly Zahari.

Bermula pada pukul 10 pagi, program dimulakan dengan bacaan surah an-Naml bermula dari ayat 1 beramai-ramai dipimpin Ustaz Husni Ali Hassan dari Institut Quran Saidina Ali.

Kesemua ayat yang dibacakan itu kemudian diterjemah pada sesi Tadabur oleh Pencetus Ummah (PU) Ustaz Mohd. Yusof Arbain.

Selain Masjid Cina, program sama turut diadakan di Bukit Duyong, Politeknik Merlimau, Jasin dan Sekolah Kebangsaan Brisu.

Program kali ketiga diadakan di Masjid Cina itu merupakan anjuran bersama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Persatuan Rumah Ngaji Melaka. - UTUSAN ONLINE