Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mahu pelbagai program khusus untuk menangani ma­salah tersebut terus dilaksanakan.

“Secara umumnya, masalah sosial seperti keganasan terhadap wanita, penderaan kanak-kanak, keganasan rumah tang­ga dan kehamilan remaja kian meningkat serta mendapat per­hatian pelbagai pihak,” katanya ketika berucap merasmikan Program Santuni Rakyat Peringkat Negeri Johor di Angsana Mall di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Osman Sapian; Setiausaha Kerajaan nege­ri, Datuk Azmi Rohani dan Pe­nge­rusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung.

Dr. Wan Azizah berkata, Talian Kasih 15999 yang diperkenalkan untuk membantu mangsa atau pihak ke­tiga mendapatkan bantuan me­neri­ma 651 permohonan mem­babitkan penderaan ka­nak-kanak dan keganasan rumah tangga pada tahun lalu.

Tambahnya, daripada jumlah itu, 75 kes dilaporkan di negeri ini dan merupakan yang ketiga tertinggi di negara ini.

“Sehubungan itu, orang ramai diharap dapat menunjukkan keprihatinan dengan menjadi mata dan telinga kementerian dalam melaporkan perkara meragukan untuk disiasat dan diberikan bantuan kepada mangsa terlibat,” katanya.