Pengarah Program Akademik-Industri UPNM, Datuk Akhtar Zainudin berkata, program pengajian itu akan memendekkan tempoh pengajian yang diperlukan bagi pelajar yang berminat menjadi juruterbang dalam mana-mana cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau pegawai dalam bidang penerbangan.

“Setiap pelajar akan menjalani dua tahun pembelajaran di UPNM dan dua tahun di Kolej Tentera Udara untuk melayakkan diri dalam bidang penerbangan.

“Pelajar akan menerima pangkat ketenteraan dan ijazah sarjana muda dalam masa empat tahun setelah mengikuti program baharu ini,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) UPNM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Tengku Mohd Tengku Sembok dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Alumni) UPNM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Fadzil Che Din. - UTUSAN ONLINE