Timbalan Ketua Pengarah (Permuziuman) JMM, Mohd. Azmi Mohd.Yusof berkata, ia merupakan satu platform terbaik kepada para kurator, ahli profesional muzium dan aktivis dalam berkongsi pengetahuan serta pengalaman selain menarik minat orang ramai mengunjungi institusi yang menempatkan pelbagai tinggalan sejarah itu.
 
“Program ini adalah satu inisiatif JMM untuk menyebarkan peranan muzium kepada masyarakat dan turut melibatkan muzium di seluruh negara.



“Melaluinya juga, pihak muzium dapat mengadakan jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak selain mendekatkan muzium dengan masyarakat terutamanya pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT), agensi-agensi luar serta orang perseorangan,” katanya ketika berucap merasmikan program berkenaan di Auditorium JMM di sini, hari ini.



Yang turut hadir, Ombudsman Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Seri Dr. Md. Salleh Yaapar; Pengerusi Persatuan Masyarakat Budaya dan Sejarah Melayu Cape, Moegamat Gielmie Hartley dan penyelidik bebas, Sakiinah Mahamad Hakimi. – UTUSAN ONLINE