Menurut kenyataan daripada Jabatan Pendidikan negeri Kelantan, ujian bertulis itu bermula hari ini dan berakhir 12 Oktober.

Katanya, sebanyak 257 buah sekolah menjadi pusat ujian bertulis PT3 tahun ini.

“Seramai 24,329 calon adalah dari sekolah kementerian dan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK).

“Manakala calon sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) 5,866 orang; Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) 290 orang dan calon persendirian 189 orang,” katanya. - UTUSAN ONLINE