Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim berkenan merasmikan majlis berkenaan selain melancarkan buku Keunikan Pertandingan Wau Tradisi Kebanggaan Malaysia.

Pengunjung kemudian disajikan persembahan istimewa Kumpulan Eco World Symphony Drummers dan Eco World Choir selain berpeluang melihat keunikan permainan layang-layang bercahaya.

Yang turut hadir, suaminya, Dennis Muhammad Abdullah; Pe­ngerusi Jawatankuasa Pe­lan­congan, Perdagangan dan Ke­pe­nggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Hasrin Kamal Hashim.

Urus setia program, Ismail Mat Taib berkata, keunikan penganjuran tahun ini adalah dengan melibatkan penyertaan komuniti setempat dalam pelbagai acara yang diadakan.

“Penglibatan ini secara tidak langsung menunjukkan sema­ngat muafakat yang dimiliki ma­syarakat sesuai dengan aspirasi kerajaan negeri iaitu Muafakat Johor.

“Kejayaan yang ditampilkan ta­hun ini dijangka diteruskan lagi pada penganjuran tahun depan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian festival tersebut.

FLLSPG pada tahun ini yang bertemakan Memperkasa Komuniti Dunia disertai seramai 1,000 pelayang antarabangsa dari 44 buah negara.

Selain Malaysia selaku tuan rumah, antara negara lain yang terlibat adalah Australia, China, Jerman, Indonesia, Perancis, Amerika Syarikat, Brazil dan Si­ngapura.