Daripada jumlah itu, seramai 3,667 calon menduduki ujian tersebut di sekolah kebangsaan diikuti Maktab Rendah Sains Mara (121 calon) dan sekolah swasta (110 calon).

Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Azman Ghazali turut turun padang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma di sini bagi meninjau persiapan ujian itu.

Yang turut hadir mengiringi Azman ialah Pengetua SMK Derma, Aslina Yop. - UTUSAN ONLINE