Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

3,000 peserta jayakan Kongres Budaya 2017

KUALA LUMPUR 15 April – Lebih 3,000 peserta menjayakan Kongres Budaya 2017 yang menghimpunkan para budayawan, aktivis masyarakat, golongan akademik dan mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dekat sini hari ini.

DR. FIRDAUS ABDULLAH

Acara itu merupakan kemuncak selepas enam sesi prakongres sebelum ini merangkumi sektor bahasa, kandungan kreatif, warisan budaya, institusi adat Melayu, pembangunan dan penggubalan dasar warisan dan budaya di institut pendidikan tinggi dan ekonomi.

Draf resolusi kongres diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak oleh Pengerusi kongres, Tan Sri Dr. Rais Yatim agar dapat dimasukkan dalam kerangka Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Turut diadakan hari ini forum 'Sesi Perbincangan Tindakan Lanjut Resolusi Kongres' yang menghimpunkan input dan pandangan dari segenap lapisan masyarakat.

Penyelaras Resolusi Kongres Budaya 2017, Prof. Datuk Dr. Firdaus Abdullah berkata, semua pihak perlu memainkan peranan agar perjuangan yang dicetuskan daripada kongres itu tidak terhenti sebaliknya diteruskan demi kepentingan anak bangsa.

"Setiap daripada kita boleh melakukan peranan kita mengikut jurusan seperti penulisan dalam media massa, penganjuran sesi wacana serta dimasukkan dalam kurikulum pendidikan," katanya dalam sesi soal jawab kongres itu.

Beliau turut memuji langkah yang pernah dilakukan Utusan Malaysia membuka ruangan Cetus sebagai kesinambungan kepada program wacana bahasa yang diadakan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain