Menurut kenyataan Jabatan Pendidikan negeri, sebanyak 17,660 murid merupakan calon sekolah kebangsaan manakala 941 murid sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina.

“Calon swasta melibatkan 432 murid diikuti 301 orang calon dari sekolah Yayasan Islam Kelantan, sekolah agama bantu kerajaan (59) manakala hanya empat calon di SJK Tamil.

“Peperiksaan ini melibatkan 2,739 petugas di semua pusat,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE