Riadah berbasikal sejauh 22 kilometer yang dianjurkan oleh pihak Ibu Pejabat Kontinjen PDRM Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat PDRM Putrajaya tersebut bermula dan berakhir di Dataran Kawad IPD Putrajaya.

rmps-kayuh3
 


Selepas berkenan berangkat melepaskan para peserta, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sendiri berkenan bersama-sama berkayuh diiringi Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim.

rmps-kayuh-2
 

Sepanjang kayuhan tersebut para peserta turut singgah di Taman Saujana Hijau, Seri Perdana dan Laman Singgah sebelum menyaksikan satu program khas baginda bersama anak-anak yatim yang diadakan di pekarangan Masjid Putra. - UTUSAN ONLINE