Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, inisiatif itu merangkumi projek baik pulih 224 unit rumah kosong , lif rosak yang bakal dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dan penambahan rumah sampah yang lebih sistematik.

“Selain itu, beberapa kemudahan lain sedang dirancang untuk dibangunkan di kawasan itu antaranya parkir bertingkat, Kedai Rakyat 1Malaysia ( KR1M) dan pembukaan Pusat Giatmara untuk memberi peluang kepada generasi muda meningkatkan kemahiran.

“Kerajaan sentiasa peka dengan kesusahan rakyat tanpa memilih fahaman politik. Apa yang dikatakan pasti akan dikota,” katanya ketika membuat lawatan ke kawasan perumahan tersebut.- UTUSAN ONLINE