Mengetuai senarai tersebut ialah Komander 69 Komando, Pasukan Gerakan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Ulu Kinta, Perak, Datuk Fisol Salleh yang akan memangku pangkat Deputi Komisioner dengan memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awan (Operasi), Bukit Aman.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad berkata, turut terlibat dalam pertukaran iaitu Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass yang akan mengalas jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya Sabah dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

Jelasnya, turut ditukarkan ialah Ketua Jabatan Pengurusan Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim yang akan memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Kelantan.

"Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan) Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali pula akan bertukar sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

"Selain itu, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Bahagian Urusetia/Hal Ehwal Pesara Polis, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Senior Asisten Shaharon Anuar Abdul Latif pula akan memegang jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan) Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman," katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Menurutnya, turut ditukarkan iaitu Ketua Polis Daerah Kota Bahru, Kelantan, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik yang bertukar sebagai Ketua Jabatan Pengurusan, Kuala Lumpur dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

Tambah Asmawati, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner, Mohd. Hanafiah Arshad pula akan bertukar kepada Ketua Penolong Pengarah (Siasatan/Perundangan/Kajian Kes), Bahagian Pematuhan Standard, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten.

"Pengganti Fisol Salleh sebagai Komander 69, Komando Pasukan Gerakan Khas, Jabatan Keselamatan dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ulu Kinta, Perak pula akan diisi Timbalannya, Asisten Komisioner Abdul Razak Mohd. Yusof dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

"Timbalan Ketua Cawangan Khas Pengurusan dan Koordinasi, Selangor, Asisten Komisioner Adnan Abdullah pula akan bertukar Ketua Staf Perisikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Jabatan Perdana Menteri dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner," jelasnya.

Dalam pada itu Asmawati juga menjelaskan, Penolong Pengarah Hal Ehwal Pesara Polis (Cawangan Hal Ehwal Pesara Polis) Bahagian Urusetia/Hal Ehwal Pesara Polis, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Asisten Komisioner Afandi Senin akan memegang jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah di Jabatan sama dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

Jelasnya, turut bertukar iaitu Penolong Pengarah Perjawatan (Pengambilan) Cawangan Perjawatan Bahagian Perkhidmatan/ Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Dalila Mohd. Yasin yang akan menggantikan tempat Afandi.

"Superintenden Seksyen Penyelidikan/Penstrukturan dan Pensempadanan, Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembanggunan) Urus setia Pejabat KPN Bukit Aman, Superintenden Abdul Rahim Daud akan menggantikan tempat Ismail dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

"Manakala Superintenden Hal Ehwal Pesara Polis Bahagian Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Superintenden Sharifah Zanariah S. Mahamood akan menggantikan tempat Siti Dalila dengan memegang pangkat Asisten Komisioner," ujarnya.

Sehubungan itu, profil 14 lagi pegawai kanan berserta senarai penuh pertukaran pegawai-pegawai terbabit boleh dilayari menerusi laman Facebook Rasmi PDRM. - UTUSAN ONLINE