Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Mohd.Jusoh berkata, setakat pukul 12 tengah hari ini, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini mencatatkan jumlah tertinggi dengan 12 bayi yang terdiri daripada tujuh lelaki dan lima perempuan.

Katanya, di Hospital Kemaman pula seramai empat bayi dilahirkan manakala masing-masing tiga bayi di Hospital Dungun dan Hospital Besut.

Bayi merdeka pertama di negeri ini milik ibu bernama Norazlina Awang Noh, 33, pada pukul 12.01 tengah malam di HSNZ.- UTUSAN ONLINE