Kolej Universiti Widad yang beroperasi di Kuantan, Pahang merupakan satu-satunya pusat pengajian swasta di Pantai Timur yang menawarkan jurusan berkenaan.

Majlis konvokesyen berkenaan secara keseluruhannya meraikan 227 orang graduan dari lima buah fakulti lain iaitu Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains Kesihatan Bersepadu, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Fakulti Teknologi Maklumat dan Interaksi dan Fakulti Pendidikan, Sains Sosial, Pusat Sukan dan Kokurikulum.

Majlis telah disempurnakan oleh Pro Canselor Kolej Universiti Widad, Tan Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah.

Yang turut hadir Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Shohaimi Abdullah; Pengerusi Lembaga Pengarah Kolej Universiti Widad yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Widad Business Group, Datuk Mohd. Rizal Mohd. Jaafar serta Rektor Universiti Widyatama, Dr. H. Islahuzzaman.

Selain itu, di dalam majlis konvokesyen berkenaan, Kolej Universiti Widad turut memberi Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan Kewangan kepada Mohd. Rizal dan juga Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holding Bhd., Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil.- UTUSAN ONLINE