Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dalam Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pendidikan ATM ke-28 di Auditorium Wisma Pertahanan, di sini hari ini.

Mohamad berkata, anugerah itu sebagai tanda pengiktirafan terhadap kejayaan anak-anak tersebut yang telah mempamerkan kesungguhan dan usaha gigih dalam mengharungi dunia persekolahan.

Anugerah tersebut disampaikan kepada mereka yang cemerlang dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berjaya melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada tahun lepas.

Penganugerahan itu diserahkan melalui kerjasama strategik Kementerian Pertahanan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Penerima membawa pulang sijil penghargaan dan cek mengikut kadar pencapaian pendidikan masing-masing. - UTUSAN ONLINE