Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Muez Abd. Aziz berkata, program tersebut dijalankan dengan dua konsep iaitu food pantry dan makanan yang dimasak.

“Sebagai permulaan, seramai 200 penuntut telah dikenal pasti oleh UTM untuk menjadi penerima menerusi program ini. Bagi food pantry, barang keperluan kering seperti biskut dan roti disediakan.

“Bagi kaedah kedua, penuntut akan diberikan makanan yang dimasak setiap seminggu sekali. Makanan ini akan disediakan oleh restoran yang telah terpilih,” katanya dalam majlis pelancaran Program Food Bank Siswa Malaysia di UTM di sini, hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar.

Yang turut hadir, Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar. - UTUSAN ONLINE