Kesemua mereka terdiri daripada 27 buah NGO negeri antaranya ialah Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Negeri Perlis (Baidunita).

Yang turut hadir ialah Yang Dipertua Baidunita, Datin Seri Noraswana Omar dan isteri Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) negeri, Datin Seri Shamsiah Mohd. Yassin.

Terdahulu Rosmah sempat meluangkan masa bersama dengan anak-anak Permata Negara (Permata) semasa majlis perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perlis di sini. - UTUSAN ONLINE