Mereka menduduki ujian itu di 155 pusat termasuk lapan di sekolah swasta, empat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan satu di pusat persendirian.

Daerah ini mencatatkan bilangan calon terbanyak iaitu 3,966 orang, diikuti Kemaman (3,147), Besut (3,120), Dungun (2,746),Kuala Nerus (2,512), Marang (1,930), Hulu Terengganu (1,466) dan Setiu (1,356).

Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin memberitahu, seramai 67 calon merupakan kalangan calon berkeperluan khas (CBK). - UTUSAN ONLINE