Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

2 syarikat tidak terlibat jual senjata api - Khalid

KHALID ABU BAKAR
KHALID ABU BAKAR

SENAI 20 Mac - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan dua syarikat teknologi komunikasi di negara ini yang dipercayai mempunyai pemegang saham dari Korea Utara terlibat dalam urusan jual beli senjata api. 

Beliau berkata, dua syarikat tersebut, International Global System Sdn. Bhd., dan International Golden Services Sdn. Bhd., sudah ditutup atas arahan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada 15 Mac lalu. 

Menurutnya, ahli lembaga pengarah syarikat tersebut yang merupakan warga Malaysia berhasrat menutup syarikat berkenaan pada 2015 selepas tidak menjalankan perniagaan namun tidak mendapat persetujuan wakil dari Pyongyang untuk berbuat demikian.  

“Pada minggu lalu, pemegang saham syarikat yang juga warga negara ini memohon kepada KPDNKK supaya menutup syarikat itu dan menteri terbabit meluluskan permintaan tersebut,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Penambahbaikan dan Perluasan Sistem Pusat Unit Risikan Jeyanah, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain