Daripada jumlah itu, 195 graduan adalah pasca siswazah selain 2,647 pra siswazah dan 128 peringkat diploma.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pro Canselor UMT, Tan Sri Samsudin Osman yang mewakili Canselor UMT, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Turut diraikan, kumpulan graduan sulung bagi dua program pengajian UMT iaitu 11 graduan Sarjana Kaunseling dan 38 graduan Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Sains Tanaman).

Sebahagian daripada graduan UMT dalam majlis konvokesyen hari ini.
SEBAHAGIAN daripada graduan UMT dalam majlis konvokesyen hari ini. - UTUSAN ONLINE/Media Sosial

Konvokesyen kali ini juga meraikan 13 penerima anugerah yang cemerlang dalam pendidikan dan sumbangan kepada universiti berkenaan dan negara.

Mereka terdiri daripada dua penerima Anugerah Pelajaran Diraja, Pingat Emas Canselor (seorang), Anugerah Pro Canselor (seorang), Anugerah Pengerusi LPU (seorang) dan Anugerah Naib Canselor (lapan orang).

Dua penerima Anugerah Pelajaran Diraja ialah Mohammad Asyraf Adhwa Masimen (Sarjana Muda Sains (Sains Biologi) dan Foo Tzen Yoong (Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam).- UTUSAN ONLINE