Kesemua lokasi itu terletak di Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, sebelum ini, pihaknya hanya tertumpu kepada pembangunan di Lembah Klang sahaja.

“Sebelum ini kita banyak tumpu di Lembah Klang. Bangunan-bangunan ini usang sangat. Jadi, kita rasa 
perlu diroboh dan dibaik pulih atau dibina di kawasan baharu.

“Kita tak nak kalau nampak bangunan Mara saja, ia nampak usang, old fashion saja. Jadi kita nak bina bangunan baharu yang lebih futuristik,” katanya kepada pemberita
selepas melakukan lawatan ke Bazar Mara Semenyih, dekat sini hari ini. -UTUSAN ONLINE