Pengarah KPDNHEP negeri, Mohd. Hairul Anwar Bohro berkata, jumlah terbabit direkodkan selepas penguatkuasaan kawalan harga dan tanda harga dijalankan di lebih 4,911 premis bazar Ramadan.

“Setakat ini tiada kompaun dikenakan kepada peniaga yang gagal mempamerkan tanda harga, sebaliknya notis amaran dikeluarkan kepada mereka supaya meletakkan tanda harga mengikut Perintah Kawalan Harga yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau hadir pada Majlis Perasmian Skim Harga Maksimum bagi Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2019 (SHMMP HRP 2019) peringkat negeri Johor di Pasaraya Hwa Tai di Kipmart Tampoi di sini.

Majlis tersebut dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri Johor, Dr. S. Ramakrishnan.

Mohd. Hairul Anwar memberitahu, sebanyak 200 anggota KPDNHEP negeri akan ditempatkan bagi memantau harga sempena SHMMP HRP 2019 yang bermula pada hari ini hingga 19 Jun ini.

“Pemantauan akan dilakukan secara berterusan bagi memastikan 24 barangan yang termasuk di bawah skim ini berada pada harga yang telah ditetapkan,” katanya. - UTUSAN ONLINE