Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, setakat 1 November tahun lalu, hanya sebanyak 328,112 permohonan diterima pihaknya.


“Saya menyeru 155,829 pekebun kecil dan penoreh getah yang masih belum memohon BMT untuk membuat permohonan sehingga akhir Januari 2018,” katanya dalam sidang akhbar selepas perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.


BMT merupakan bayaran RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan mulai November 2017, Disember 2017 serta Januari 2018 bagi menjaga kebajikan seramai 440,000 pekebun kecil dan penoreh getah sewaktu musim tengkujuh. - UTUSAN ONLINE