Pengerusi Penganjur, Moey Say Yee berkata, LAX ‘17 bermula hari ini sehingga sabtu bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Katanya, pameran pada hari ini dan esok dikhaskan kepada pelawat industri sementara untuk orang awam dibuka pada hari sabtu.

“Sebanyak 1,000 buah produk, perkhidmatan dan teknologi terkini dipamerkan pada LAX ‘17 kali ini. Selain menempatkan khemah daripada pemain industri, kami turut menganjurkan persidangan dan bengkel industri, pertandingan reka bentuk landskap dan projek Live Green Box,” katanya dalam majlis perasmian LAX ‘17 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE