Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, kenaikan pangkat itu merupakan salah satu usaha menghargai jasa mereka kepada negara.

“Selain memberikan insentif tersebut, kita akan menaikkan pangkat mereka bagi penyumbang pingat pingat emas dan sedang mempertimbangkan ‘hadiah’ untuk penyumbang perak dan gangsa.

“Dalam Sukan SEA 2017 lalu atlet kita telah berjaya menyumbangkan 14 pingat emas, enam perak serta 10 gangsa,” katanya dalam satu majlis di sini hari ini.

Ketika kejohanan tersebut, kontinjen negara muncul sebagai johan keseluruhan dengan memperolehi 145 pingat emas emas. - UTUSAN ONLINE