Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, kesemua calon berkenaan terdiri daripada murid tahun enam dari 242 buah sekolah seluruh negeri ini.

“Daripada jumlah tersebut, 9,229 calon merupakan calon sekolah kebangsaan (SK), 2,839 calon sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), 480 calon sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT), 480 calon sekolah rendah agama Jabatan Agama Islam Melaka (SRA JAIM) serta selebihnya 92 calon sekolah swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat calon UPSR di SK Tun Syed Ahmad Shahabudin, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin dan Pengarah Pendidikan negeri, Abu Bakar Sahari. - UTUSAN ONLINE