Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains Dan Teknologi negeri, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, keputusan itu menunjukkan peningkatan pencapaian sebanyak 2.74 peratus berbanding tahun lalu.

Katanya, daripada jumlah tersebut, seramai 120 calon berjaya memperolehi 9A hingga 12A serta 27 calon mendapat semua A dalam semua mata pelajaran.

“Secara keseluruhannya, seramai 4,917 calon YIK telah menduduki peperiksaan SPM 2018 dan daripada jumlah berkenaan, seramai 4,649 calon layak mendapat sijil (lulus).

“Manakala seramai 229 calon memperoleh penyata keputusan serta 39 calon gagal dalam semua mata pelajaran, “ katanya ketika mengumumkan keputusan tersebut di Pejabat YIK, Nilam Puri, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Fadzli berkata, sebanyak sembilan buah sekolah telah mencatatkan keputusan kelulusan 100 peratus.

“ Keputusan cemerlang ini menunjukkan pelajar di bawah YIK juga mampu bersaing dengan pelajar aliran biasa dalam bidang akademik,” katanya. - UTUSAN ONLINE