Presiden dan Ketua Pengarah Eksekutif Prasarana, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata, program dengan kerjasama MRCB George Kent Sdn. Bhd. (MRCBGK) itu bertujuan menggalakkan masyarakat supaya terlibat dalam projek pembangunan LRT3.

“Kita mahu keluarga, rakan-rakan dan rakyat pelbagai peringkat umur datang dan serlahkan kemahiran mereka serta bekerjasama bagi menyumbang kepada peningkatan industri pengangkutan awam negara,” katanya ketika berucap dalam majlis penyampaian anugerah kepada pemenang pertandingan di stesen LRT Glenmarie, Subang.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Rail and Infrastructure Projects Sdn. Bhd., Khairani Mohamed dan Pengerusi MRCBGK, Datuk Seri Ir. Dr. Judin Abdul Karim.

Sebanyak 125 karya seni melibatkan empat kategori dipertandingkan dalam program yang bermula 13 Oktober hingga 13 Disember tahun lalu. - UTUSAN ONLINE