Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komissio­ner Noorzainy Mohd. Noor berkata, penduduk berkumpul di kawasan berkenaan dan menghalang jentera berat merobohkan rumah.

Menurutnya, ada penduduk ber­tindak menendang dan me­mu­kul seorang anggota polis sehingga patah kaki.

“Sebelas individu berusia 18 hingga 50 tahun ditahan.

“Enam wanita yang ditahan ini tidur di atas jalan raya bagi menghalang jentera masuk ke kawasan itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Berdasarkan perancangan awal, sebanyak 470 unit rumah pangsa kos sederhana rendah setinggi 22 tingkat dirancang dibina bagi tujuan penempatan semula 46 penghuni terbabit di kawasan berkenaan.

Sehingga tempoh tawaran tamat pada September 2010, hanya 32 penghuni bersetuju dengan tawaran itu manakala 19 lagi enggan.