Program yang berlangsung di Pejabat Ketua Menteri di Seri Negeri itu menyaksikan jumlah kutipan zakat perniagaan di negeri ini sehingga semalam adalah sebanyak RM36.3 juta.

Pada majlis itu, Ketua Menteri, Adly Zahari menerima zakat perniagaan daripada setiap wakil syarikat dan turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Zakat Melaka, Datin Mahani Othman Basir.

Bayaran zakat diterima daripada Lembaga Tabung Haji berjumlah RM2,693,964.62; PLUS Malaysia Berhad (RM776,370); Syarikat Air Me­laka Berhad (RM601,722); Selia Senggara Selatan Sdn. Bhd. (RM285,803); Bank Islam Malaysia Berhad (RM110,961.72).

Turut menyempurnakan zakat perniagaan adalah Maybank Islamic Berhad (RM100,100.67); Perbadanan Melaka Holdings Berhad (RM92,038.33); Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (RM56,432.61); Celcom Axiata Berhad (RM51,595) dan Syarikat Takaful Malaysia Berhad (RM35,714.29).

Sementara itu, Lembaga Tabung Haji dalam satu kenyataan di sini memaklumkan, bayaran zakat untuk negeri Melaka bagi tahun kewangan berakhir 2018 meningkat sebanyak 28.2 peratus berbanding RM2,100,930.99 pada tahun 2017.

“Setiap tahun Tabung Haji melaksanakan bayaran zakat yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab agensi sebagai sebuah organisasi Islam.

“Sasaran kita adalah memperkasakan kewangan Islam dan pembangunan sosio-ekonomi ummah terutama bagi golongan asnaf,” kata wakilnya, Ketua Pengurusan Portfolio (Ekuiti Domestik) Tabung Haji, Meor Khairi Meor Mohd. Bazid. - UTUSAN ONLINE