Dalam satu kenyataan hari ini, LHDN berkata, 10 syarikat tersebut mempunyai tunggakan cukai sebanyak RM6.6 juta manakala bakinya ditanggung enam individu.

Syarikat diisytiharkan muflis adalah ZAA Goods Trading Sdn. Bhd., Soon Lee Enterprise Sdn. Bhd., Kunjungan Sumber Sdn. Bhd., Hunky Corporation Sdn. Bhd., Media Footing Sdn. Bhd., Wetland Events Sdn. Bhd., Maalini Curry House Sdn. Bhd., Pro Gas Engineering Sdn. Bhd., MS Marketing Sdn. Bhd. dan Kwong Kum Sun Development Bhd.

Enam individu yang diistiharkan muflis ialah Thong Young Fook, Tan Chong Sing, Chia Suet Hong, Lee Lian Sin, Arbi Abd. Sani dan Edward Christian M. Christian. – BERNAMA