Pengarahnya, Datuk Che Mohd. Rahim Jusoh berkata, pihaknya juga masih meneliti mana-mana individu lain untuk dipanggil memberi keterangan.

“Setakat ini kita baru hendak siapkan kertas siasatan dan belum ada tarikh yang tetap lagi untuk didakwa di mahkamah.

“Keadaan masih terkawal dan belum sampai tahap yang serius fahaman Syiah di negeri ini.

“Malah, kita juga akan mengambil pendekatan harmoni terhadap pengikut tersebut dan berharap mereka yang tersasar kembali ke pangkal jalan,” katanya ketika ditemui di Majlis Sambutan Hari Hududullah di Dataran Bandar Raya, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai tangkapan seramai 43 orang dipercayai pengikut syiah dalam satu operasi di Jalan Sri Cemerlang ketika mereka melakukan upacara keagamaan menjelang sambutan ambang Hari Kebangsaan baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE