Difahamkan kejadian melibatkan 40 mangsa yang kebanyakannya merupakan pensyarah dan penuntut Universiti Malaysia Kelantan.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Bomba Zamani Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 1.53 petang tadi.


"Sebuah jeti konkrit di pulau tersebut runtuh dan mengikut laporan awal, seramai 40 mangsa terlibat yang mana 10 daripada mereka cedera.

"Seorang dilaporkan parah pada pinggang manakala sembilan lagi cedera ringan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa yang cedera dihantar ke Jeti Kilim sejauh kira-kira lima batu nautika sebelum dikejarkan ke Hospital Langkawi untuk mendapatkan rawatan.

Tambahnya, pihaknya bagaimanapun masih mengenalpasti jumlah sebenar mangsa yang terlibat.

Pulau Anak Tikus yang juga dikenali sebagai Pulau Fosil merupakan sebahagian daripada Kilim Geopark. - UTUSAN ONLINE