Pengerusi BiKUM, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, jumlah keseluruhan sumbangan yang bernilai RM930,000 itu membabitkan pemberian wang tunai, barangan keperluan asas serta pembukaan akaun Tabung Haji dan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

“Objektif kita ingin menyampaikan sumbangan dalam keadaan yang tiada protokol dan mesra rakyat. Malah, hari ini juga kita gabungkan sekali dengan `Kenduri Rakyat` supaya masyarakat sentiasa berasa dekat dengan pemimpin.

“Kita juga serahkan sumbangan utama di peringkat negeri, seterusnya jentera parti yang berada di akar umbi akan menyerahkan sumbangan kepada keluarga memerlukan di kampung dan kawasan pedalaman secara berperingkat,” katanya di hadapan kira-kira 1,200 penduduk yang hadir di Dewan Orang Ramai Kg. Kodiang, Jerlun, Kedah di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz serta Ketua UMNO Bahagian Jerlun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Seputih, Datuk Abu Hasan Sharif.

Konvoi 35 pacuan empat roda itu akan meneruskan perjalanan ke Sik sebelum bergerak ke Jeli, Kelantan malam ini. - UTUSAN ONLINE