Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dengan diiringi Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud telah berangkat menyaksikan sambutan berkenaan.

Yang turut hadir, Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak; Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman; Tengku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus al-Qadri dan Menteri Besar, Aminuddin Harun.

Sebanyak 94 kontinjen yang terdiri daripada lebih 5,971 peserta jabatan kerajaan, pasukan beruniform, pelajar sekolah dan universiti, pertubuhan bukan kerajaan serta syarikat swasta mengambil bahagian dalam perarakan sempena sambutan itu.

Turut ditampilkan ialah perarakan aset daripada Syarikat Air Negeri Sembilan, Tenaga Nasional Berhad, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia. - UTUSAN ONLINE