Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

1,800 pendidik terima tablet Tutor Guru

SEBAHAGIAN daripada guru yang menerima tablet dilengkapi perisian
SEBAHAGIAN daripada guru yang menerima tablet dilengkapi perisian Tutor Guru serta e-Paper Utusan Malaysia bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di Putrajaya, semalam.

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Selepas ibu negara, Sarawak dan Selangor, kerajaan terus memperluaskan pemberian tablet untuk tujuan pengajaran serta pembelajaran dan kali ini ke Putrajaya.

Pemberian tablet yang dilengkapi dengan perisian Tutor Guru serta e-Paper Utusan Malaysia itu bertujuan memudahkan proses penyediaan lembaran kerja secara digital dalam kalangan guru bagi membolehkan mereka me­lakukan perancangan pengajaran di mana-mana sahaja tanpa me­ngira masa.

Kumpulan Utusan dalam satu kenyataan memberitahu, seramai 1,800 guru dari 25 sekolah rendah dan menengah di Putrajaya me­nerima tablet yang mula diagihkan hari ini.

“Perisian Tutor Guru membantu guru mengakses pangkalan data soalan dan memudahkan mereka menyediakan latihan kepada murid.

“Manakala e-Paper Utusan Ma­laysia boleh digunakan untuk guru mengetahui perkembangan terkini berita-berita tempatan dan dunia,” jelas kenyataan itu di sini hari ini.

Selain itu, Kumpulan Utusan juga berharap guru-guru dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan untuk merealisasikan pembelajaran abad ke-21.

Sebagai rekod, komputer tablet pemberian kerajaan adalah sebagai tanda menghargai jasa guru yang telah dicurahkan untuk mendidik anak bangsa.

Selepas proses pengagihan di Putrajaya yang berakhir esok, pemberian tablet tersebut akan diteruskan ke Negeri Sembilan dan Perak.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain