Tinjauan Utusan Malaysia di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1) (SKPP8(1)) mendapati sebanyak 132 calon hadir dan sesi peperiksaan berjalan dengan lancar.

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Putrajaya, Roaini Jaafar dan ibubapa calon turut hadir untuk memberi sokongan kepada murid.

Seorang guru Tahun Enam SKPP8(1), Fatimah Zainal Abidin berkata, pihak sekolah menyediakan roti dan air kepada setiap calon sebelum memasuki dewan peperikasaan bagi memastikan mereka bertenaga untuk menjawab kertas soalan.

“Alhamdulillah, setiap pelajar sudah bersedia untuk menduduki peperiksaan selama empat hari yang bermula hari ini dan kami sebagai guru sentiasa mendoakan terbaik untuk mereka.

“Saya yakin calon UPSR SKPP8(1) mampu menjawab soalan dengan baik malah dapat meningkatkan prestasi dan jumlah calon yang berjaya mendapatkan 6A di sekolah ini,” katanya ketika ditemui ketika ditemui pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE