Mereka telah menjalani latihan asas meliputi pengetahuan serta pelbagai kemahiran ketenteraan selama enam bulan sejak 9 Disember tahun lalu.

Majlis perbarisan sempena tamat latihan itu telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim di padang kawad Pusasda di sini.

Yang turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi dan para pegawai kanan Tentera Darat.

Sebanyak enam anugerah khas telah disampaikan oleh Zulkiple pada majlis itu iaitu Perajurit Muda Keseluruhan Terbaik kepada Mohd. Izwan Mohd. Yusof, 20; Muhamad Arif Zainuddin, 22, (Akademik Terbaik) dan Mohamad Saiful Rohaimie Rozeli, 19, (Kecergasan Jasmani Terbaik).

Turut menerima anugerah ialah Zulhazmi Hamdi, 24, (Kawad Terbaik) dan Mark Hayward Henry, 25, (Penembak Terbaik) manakala Kompeni Bravo telah meraih anugerah Kompeni Terbaik.

Majlis tamat latihan itu dimeriahkan dengan kehadiran lebih 6,000 ahli keluarga yang datang dari seluruh negara bagi menyaksikan acara bersejarah bagi mereka. - UTUSAN ONLINE