Pengurus acara itu, Khoo Boon Chong berkata, syarikatnya, My Major Event Management telah dilantik bagi mengendalikan acara tersebut yang akan bermula pukul 6 pagi.

Menurut beliau, peserta dibahagikan kepada dua kategori iaitu lima dan tujuh kilometer dengan bayaran masing-masing RM30 dan RM50 setiap orang.

"Diharapkan acara yang julung-julung kali ditaja oleh Paramount Property (Utara) Sdn. Bhd. ini mendapat sambutan daripada orang ramai," katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Pengarah Perubatan I, Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Dr. Jamaliah Rashid.

Menurut Boon Chong, orang ramai yang ingin mendapatkan keterangan lanjut berhubung penyertaan tersebut boleh menghubungi email: [email protected] atau www.facebook.com/mmgroupevents.

Katanya, mereka juga boleh hadir ke Pejabat Paramount Property Sales di Bukit Banyan pada 7 dan 12 April ini bermula pukul 1 hingga 5 petang.

"Pelbagai acara lain turut diadakan iaitu tarian zumba, derma darah dan cabutan bertuah bagi memeriahkan acara," katanya. - UTUSAN ONLINE