Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, Selangor merupakan negeri tertinggi dilaporkan mempunyai penyakit berkenaan iaitu sebanyak 26 peratus.


Kata beliau, sejak 1986 hingga tahun lalu, jumlah kumulatif kes itu adalah sebanyak 108,519 yang mana 88 peratus daripadanya disumbangkan golongan lelaki, 11 peratus wanita dan selebihnya kanak-kanak.


“Kita dapati 62.68 peratus daripadanya adalah dalam kalangan penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan, hubungan seksual (27.96 peratus) dan selebihnya berpunca daripada jangkitan daripada ibu kepada anak.


“Lebih membimbangkan apabila jangkitan itu turut berpunca daripada seks rambang golongan sejenis yang melibatkan golongan profesional,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari AIDS sedunia 2017 peringkat negeri di sini hari ini.


Dalam perkembangan sama, menurutnya, di negeri ini sejak 1988 hingga Oktober tahun ini, sebanyak 4,523 kes HIV dilaporkan dan 42.8 peratus daripadanya berpunca daripada perkongsian jarum suntikan manakala jangkitan hubungan seksual menyumbang kepada 44.7 peratus.


“Kaum lelaki menyumbang 86 peratus manakala 88.1 peratus kes berumur antara 20 hingga 49 tahun yang mana menyaksikan 608 orang maut sejak 1988 hingga tahun ini,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE.