HAMZAH ZAINUDIN
HAMZAH ZAINUDIN

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, sasaran berkenaan bagi mencapai 3,000 buah KR1M 2.0 di seluruh negara menjelang tahun 2020.


“Buat masa ini kita telah bekerjasama dengan pasar raya KK Mart sebagai rakan strategik untuk pasaran di Lembah Klang dan akan mencari lebih ramai rakan niaga dalam mengembangkan perniagaan ini.


“Kedai -kedai berkenaan akan dipamerkan menggunakan label khas dengan KK Mart KR1M 2.0 yang dikeluarkan KPDNKK bagi membezakan dengan kedai yang lain,”katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan pelancaran Program Keusahawanan Pelajar (1st STEP) anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), di Kolej Vokasional Gombak dekat sini hari ini.


Program julung-julung kali diadakan ini yang mendapat kerjasama Bahagian Teknik dan Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM) bertujuan memupuk minat keusahawanan sejak dibangku sekolah.


Yang turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P. Kamalanathan, Pengerusi SSM, Datuk Seri Jamil Salleh; Ketua Pegawai Eksekutif SSM Datuk Zahrah Abd.Wahab Fenner dan Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional KPM, Zainuren Mohd.Nor. - UTUSAN ONLINE