LADAMAH SULAIMAN
LADAMAH SULAIMAN

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa Augustinus Tino, 25, dikatakan cuba berenang menyeberangi sungai tersebut sebelum hilang dibawa arus deras.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintenden Ladamah Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.25 petang dan pergi ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat.

“Usaha mencari dan menyelamat telah dijalankan oleh anggota polis bersama beberapa pegawai bomba serta orang kampung termasuk rakan-rakan mangsa yang ada di lokasi kejadian. 

“Operasi itu bagaimanapun dihentikan pada pukul 8 malam dan telah bersambung hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ladamah menambah, Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) telah dibuka sejak pukul 6 pagi di Balai Raya Kampung Kaiduan. 

“Jumlah kekuatan operasi adalah sebanyak 82 orang melibatkan anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta orang awam.

“Orang ramai yang menjumpai mangsa atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta untuk terus menghubungi pihak polis,” katanya. - UTUSAN ONLINE